tentang kipas yang susa nak mati

My photo
Gombak, Selangor ke KL???, Malaysia
seorang yang penyayang, bergaya, macho.. (jangan percaya) sering dikatakan mempunyai iras-iras Jensen Ackles (mase aku kurus la)... p/s : orang kata kalau 40 orang yang doakan kita doa tu termakbul... doakan saya jadi hensem boleh tak? (panggggg!!!!sila bangun ye..trimas)

Sunday, 27 March 2011

Aku bukan.....

semekom....



Aku bukan superman untuk bawa kamu terbang
Aku bukan spiderman untuk lepak dekat web besar dan beromen
Aku bukan jejai untuk datang jumpa kamu naik helikopter
Aku bukan shah jahan untuk binakan taj mahal untuk kamu
Aku bukan fahrin ahmad untuk kamu show off dengan perempuan lain
Aku bukan faizal tahir untuk buat lagu dan nyanyikan untuk kamu
Aku bukan anak tokey balak yang boleh belikan beg tangan gucci tiap minggu
Aku bukan romantik yang boleh bawak kamu jalan-jalan tepi pantai tengok sunset
Aku bukan donnie yen yang boleh tibai jantan-jantan yang mengorat kamu



Tapi.....



Aku cuma ....





Lelaki yang belikan ABC bila kamu teringin nak makan
Lelaki yang datang jumpa kamu hanya dengan naik bas
Lelaki yang hanya teddy bear untuk teman kamu tidur
Lelaki yang hanya bagi coklat kedberi untuk suprise
Lelaki yang buat lawak bodoh untuk kamu ketawa
Lelaki yang berperut boroi untuk kamu jadikan bantal
Lelaki yang hantar kamu balik dengan KTM sahaja
Lelaki yang setia dengar bebelan kamu berjam-jam
Lelaki yang sentiasa mengalah bila kita bertengkar




Aku tidak minta apa-apa balasan dari kamu...




Apa yang aku mahu Cuma....






Senyuman ikhlas tanda kamu bahagia dengan aku...

No comments:

Post a Comment