tentang kipas yang susa nak mati

My photo
Gombak, Selangor ke KL???, Malaysia
seorang yang penyayang, bergaya, macho.. (jangan percaya) sering dikatakan mempunyai iras-iras Jensen Ackles (mase aku kurus la)... p/s : orang kata kalau 40 orang yang doakan kita doa tu termakbul... doakan saya jadi hensem boleh tak? (panggggg!!!!sila bangun ye..trimas)

Thursday, 24 March 2011

Biar Sampai Syurga...

Semekom... entri ini untuk lelaki ye....




Cinta.... orang kata cinta itu buta.. tapi aku tak pernah dengar cinta tu ada mata..

Cinta itu menyakitkan.. tapi aku tak pernah tengok cinta tu macam pisau, atau senapang...atau pun peluru berpandu yang sedang landing kat Libya... LOL

Bagi aku, cinta tu tak perlukan mata untuk melihat.. tak perlukan mulut untuk meluahkan..

Cinta hanya memerlukan keikhlasan...
Sebab, bila kita ikhlas, kita akan buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.. tanpa mengharapkan balasan...


Mungkin kita tak mampu untuk bina taj mahal untuk dia
Tak mampu nak belanja mekdi tiap hari
Tak cukup hensem untuk tatapan dia
Mungkin kita bukan yang terbaik untuk dia


Tapi, cinta tak ada mata... tak memandang semua itu..
In my mind, cinta itu pengorbanan....


Cinta kepada keluarga .....seorang ayah sanggup berpenat lelah mencari rezeki untuk disuapkan ke mulut anak-anak..
Cinta kepada agama... betapa seorang hamba yang lemah sanggup berjihad demi jalan yang benar...
Cinta kepada kekasih... betapa lelaki itu berusaha susah payah bawak teddy bear besar hanya untuk melihat senyuman gadis itu..



Bagi aku, nak bercinta, biarlah sampai syurga..  that’s mean kalau nak bercinta, biarlah bercinta dari dunia sampai akhirat...
Bukan dah sedap kat dunia buat anak haram, lepas tu buang macam plastik chewing gum.... sila masuk ke neraka jika tak reti nak tobat..trimas


Untuk bercinta sampai sana, haruslah bercinta dengan yang Esa juga.. tak tahu macam mane? Pergi masjid tanya kat pak imam...


Aku nak bercinta sampai syurga... sebab dia adalah sebahagian dariku....tulang rusuk kiriku.....


 Kepada sang buaya darat lelaki..kira tulang rusuk anda.. anda tipu kalau jumlah kanan dan kiri adalah sama... 








Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu

Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah ku merasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hati ku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus menunggu

Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hati ku untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku untuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakan ku

Dan segala yang ku ada
 ku berikan semua untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu bahagia untuk selamanya


Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
namun aku tetap aku
yang terbaik untuk diriku
hanya satu




p/s: anda degil seperti tulang rusuk kiri saya...


No comments:

Post a Comment