12 Mac 2007...
Tarikh aku break up dengan ex ke 4 aku. macam mane aku ingat tarikh ni? sebab 5hari kemudian aku test JPJ untuk lesen motor. Kitorang break up dekat kantin sekolah. Mase tu kitorang amek result SPM. Orang lain sibuk tengok result, aku dengan die pergi beromen setelkan hal kitorang. Puas aku tanya kenapa dia mintak break. Jawapan yang dia berikan cuma "rasa sayang tu da tak ade".
Aku syak dia ada jantan lain tapi dia hanafikan jugak. Korang pelik tak, kitorang tak bergaduh pun walau sekali. Tup2 die mintak break. wadefak?? Tak kan la pasal kitorang tak jumpa 3 bulan ( lepas SPM, aku masuk high school, die jadi cashier kt Giant) die da bosan dengan aku. Tiap2 minggu aku kol die. Aku rase da macam pengemis mase tu sebab cari duit syilling untuk bergayut dekat tong sampah. Akhirnya aku terima jugak yang kitorang break up.
Aku tumbuk tiang kantin.. Prapppp!!! ni kalau tak patah, koman-koman retak jari aku (konon berangan jadi Rambo.. haktuih!) tapi aku tak rase sakit.. Ye la kepale da tak tau fikir ape da..Malam tu baru meraung sakit mengadu kat mak (sila ketuk kepala aku dengan kuali penghentak negro - rujuk entri ini - jika aku ulangi perangai yang sama.. sekian trimas) LOL
mase kecik2 sumua nak jadi Rambo bila main perang2.. LOL |
Aku terus blah dari situ dan terus amek result. Result tu aku tak tengok pon. Aku balik rumah terus campak result tu entah ke mane. Da seminggu cari baru jumpe. ( Mase misi mencari slip result tu turut diselangi dengan bebelan mak aku). Due tiga kali aku pegi urut batin jari aku sebab terseliuh. Nasib baik tak patah..
Lame wooo nak ubat luka hati yang lara ni ( wuekkkk). Ade la dalam setaun. Lepas tu aku contact balik dengan dia. But as a friend. tak lebih dan tak kurang. Satu hari tu aku saje je tanya die ape ciri-ciri lelaki idaman dia kan. Dan dia dengan gediknya menjawab :
" Aku nak lelaki yang tinggi, kulit sawo matang, ade janggut sikit, alim tapi gile-gile sikit.. dan yang paling pentingggggg..... die kurus."
Aku jawab "oh ok."
Kenapa kau tak cakap yang kau dump aku pasal aku gemookkk!!!
p/s : kadang-kadang aku dengan awek aku macam Beauty and The Beast.. bile la nak kurus.....
No comments:
Post a Comment